Jika anda ingin membela kucing yang comel dan manja di rumah, anda wajib tahu tentang tips penjagaan kesihatan kucing dengan baik. Kucing seperti kucing Parsi, British ShortHair dan sebagainya hendaklah dijaga dengan baik serta memantau akan keadaan kesihatan dan keperluannya.

Terdapat banyak jenis penyakit yang berbahaya yang dihadapi oleh kucing tanpa kita sedari seperti Penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP). FIP merupakan salah satu penyakit virus daripada Virus Corona yang bermutasi dalam badan kucing. Lazimnya Virus Corona ni hanyalah virus biasa yang menyebabkan cirit ringan dan tidaklah membawa maut.

Penyakit FIP ini bukanlah penyakit berjangkit seperti Parvo Virus tetapi ianya berpunca daripada immuniti badan kucing yang lemah, atau genetik kucing tertentu.

FIP ini juga selalu terjadi pada kucing muda yang kurang dari 3 tahun namun ia juga boleh berlaku kepada kucing pelbagai usia. Namun, apakah langkah yang terbaik dan sewajarnya dalam penjagaan kesihatan kucing ini?

Cara menjaga kesihatan kucing yang terbaik adalah seperti:

  • Memberikan makanan yang terbaik dan berkualiti
  • makanan kucing

    Source: Photo by Karolina Grabowska

    Makanan adalah faktor utama yang perlu anda menitikberatkan kerana sekiranya anda memberi makanan yang tidak berkualiti kepada kucing anda tentunya mengakibatkan kehidupan sehariannya akan terganggu.

  • Memberikan suntikan vaksinasi dan pemandulan
  • vaksinasi kucing

    Source : Freepik

    Keperluan kesihatan kucing adalah amat penting pada masa kini. Anda boleh memberikan suntikan vaksinasi dan pemandulan untuk kucing anda di klinik veterinar yang berhampiran. Kucing yang dewasa boleh dapatkan suntikan vaksinasi dan rawatan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun manakala kucing yang berusia 8 minggu keatas pula perlu dapatkan rawatan yang lebih kerap berbanding kucing dewasa.

    Selain itu, kucing juga memerlukan suntikan pemandulan. Kesannya, kucing yang dimandulkan akan kurang merayau-rayau, dan menghindari kucing betina dari mendapat kehamilan dan risiko pertumbuhan tumor kanser.

  • Mandian dan dandanan (Cat Grooming)
  • cat grooming, cat grooming tips

    Source: Unsplash

    Cat Grooming bermaksud penjagaan diri kucing yang mana semua bahagian badan dan kepalanya perlu dijaga dengan rapi. Anda juga tak perlu mandikan kucing anda dengan kerap malah sebaiknya sekali dalam masa 2 minggu.

    Proses mandian ini amat penting kerana ianya dapat membantu mencegah kutu kucing sekiranya ada. Setelah selesai, anda juga boleh menggunakan hair dryer untuk mengelap kucing anda dan pastikan guna level tidak panas.

    Anda juga perlu menyikat bulu kucing dengan kerap untuk menjaga kesihatan bulu agar tidak dijangkiti sebarang parasit seperti kutu.

    Sebagai pecinta kucing, anda WAJIB untuk mengetahui selok-belok penjagaan kesihatan kucing anda agar kesihatannya terjamin seperti manusia.

    Ingin mencari perkhidmatan pembersihan yang berkualiti di Zonar? Terokai senarai Top 3 Pakar Perkhidmatan Pembersihan yang boleh dipercayai di Zonar: Profesional Yang Telus dan Dipercayai. Jaminan kebersihan untuk rumah anda sama pentingnya seperti penjagaan kesihatan kucing anda

    Zonar menyediakan perkhidmatan pembersihan kepada sesiapa yang mempunyai haiwan kesayangan. Biarkan kami urus kebersihan rumah anda.

    Dapatkan berita dan maklumat terkini dengan mengikuti Zonar di IG , TikTok dan Facebook.

    Other Posts

    What’s your Reaction?
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0