Pendidikan merupakan perkara penting yang harus disediakan oleh ibu bapa. Dari segi kos sehinggalah sistem pendidikan yang akan dipilih demi masa depan dan kejayaan anak mereka. Semasa pandemik COVID-19 melanda, kebaikan homeschooling telah mula menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa di Malaysia apabila mereka inginkan anak-anak mereka belajar di bawah pengawasan mereka atau tenaga pelajar yang dipercayai.
Ibu bapa dan pengajar berperanan menjadi guru di rumah untuk mengajar anak-anak mereka mengikut modul yang sesuai untuk mendidik anak-anak mereka, seiring dengan kurikulum pendidikan Malaysia.
KEBAIKAN HOMESCHOOLING UNTUK ANAK – ANAK :
Ibu bapa yang memilih sistem homeschooling untuk anaknya sudah tentu menginginkan anaknya lebih fokus dan terpantau dalam pembelajaran. Dengan adanya guru peribadi, tentunya sesi pembelajaran akan lebih fokus kepada si anak.
Ibu bapa yang lebih rapat dan mengenali anak mereka boleh memfokuskan pendidikan anak-anak mengikut minat dan personaliti masing-masing. Dengan merancang aktiviti bersesuaian, mereka akan menjadi lebih bersemangat lalu dapat mengembangkan lagi potensi diri mereka.
Kaedah ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak yang pasif dan tidak mahu terlibat dalam aktiviti di kelas walaupun diberi galakan oleh guru-guru.

Sistem belajar homeschooling ini akan membuat anak lebih cepat berkembang kerana hanya anak anda yang difokuskan oleh seorang guru.
Konklusinya, sekolah harian atau homeschooling, kedua-duanya mempunyai objektif yang sama iaitu mendidik individu dari segi intelek, emosi dan jasmani. Walaupun bukan pilihan utama, homeschooling menyediakan alternatif yang praktikal untuk ibu bapa. Setiap pemilihan sama ada sekolah harian atau sekolah di rumah semuanya adalah hak individu masing-masing.
Sekiranya anda ingin mencari tenaga pengajar yang membuat kelas secara private di kawasan rumah, anda boleh hubungi kami di Zonar pada bila-bila masa TANPA dikenakan sebarang caj tambahan.
Homeschooling ada kebaikannya tetapi yang lebih penting adalah keupayaan untuk kekal fokus sewaktu pembelajaran. Pelajari lebih tentang Mastering Focus: Effectiveness Strategies for Studying With Concentration jika anda berminat untuk mengembangkan minda anda.
Jangan lepaskan tips dan maklumat terkini, ikuti Zonar di IG , TikTok dan Facebook.



