Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum Bayaran Fidyah

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

Golongan Yang Dikenakan Fidyah

1.Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh

Golongan ini meninggalkan puasa Ramadhan akibat uzur syar’ie (musafir, haid, nifas atau wiladah) serta sakit yang ada harapan sembuh.

Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.

 Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’ puasa serta bayar mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh

Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.

3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.

Atau

Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.

4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan

Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan diwajibkan untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.

5. Orang Yang Meninggal Dunia

Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.

bayaran  fidyah

Kadar Fidyah

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.

Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Sebagai Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 5 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM 4.00 (1 cupak) X 5 hari X 3 tahun = RM 36.00.

Secara kesimpulannya, fidyah merupakan satu tanggungjawab penting bagi mereka yang tidak dapat mengganti puasa yang tertinggal semasa Ramadan atas sebab-sebab yang sah. Ia merupakan bentuk pampasan dan peluang untuk memohon keampunan dari Allah SWT.

Selepas mengerti maksud Fidyah dan hukum Fidyah, barulah kita sedia untuk menyambut bulang Ramadan. Ini adalah 5 Cara untuk Menyambut Bulan Ramadan Dengan Baik buat umat Islam!

Dapatkan Tentatif waktu solat Ramadan 2023 bagi kawasan KL , Putrajaya & Selangor di pautan ini.

Other Posts

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0