Menetap di negara beriklim panas dan lembap seperti Malaysia menjadikan anda ingin berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Seperti yang diketahui umum, penghawa dingin mampu menyerap kelembapan dari udara yang juga mampu menyerap kelembapan dari kulit anda. Ini dapat mempengaruhi epidermis kulit dan tanpa sedar membuatkan kulit muka menjadi lebih kering, kusam dan tidak bermaya.

Kurang pengambilan air menjadi punca utama kepada berlakunya kulit kering pada bahagian badan terutamanya pada bahagian muka.

Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadikan kulit anda kusam dan tidak bermaya. Keadaan akan menjadi lebih teruk untuk individu yang tidur atau bekerja sepanjang hari di dalam bilik yang berhawa dingin.

Namun, permasalahan kulit kering ini dapat diatasi dengan beberapa langkah yang mudah dan efektif. Pastikan minum air kosong yang mencukupi setiap hari kerana badan kita memerlukan lapan gelas air sehari kerana ia dapat menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit anda.

Bukan itu sahaja, pengambilan buah-buahan seperti tembikai, tomato, dan nenas juga memainkan peranan penting untuk tubuh badan kerana ia juga mengandungi kandungan air yang tinggi.

Berikut merupakan antara langkah yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kulit kering terutamanya pada musim panas :

  • Memakai Lidah Buaya Sebagai “mask” Muka
  • Lidah buaya

    Lidah buaya mempunyai bahan aktif yang mampu merawat parut, menghilangkan tompok hitam atau jeragat, mencegah penuan dan paling penting ialah mengekalkan kelembapan kulit.

    Sapukan gel lidah buaya dengan rata pada kulit muka beberapa kali seminggu. Sapukan pada muka selama 15 hingga 20 minit dan kemudian basuhkan dengan air yang sejuk.

  • Pemilihan Sabun Pembersih Wajah yang Tepat
  • sabun pembersih wajah

    Cara mengatasi kulit kering pada bahagian muka yang juga perlu anda titik beratkan dan berhati-hati adalah dalam pemilihan sabun pembersih muka.

    Gunakan sabun pembersih muka yang mempunyai kandungan ringan seperti “ceramide” yang dapat mengekalkan kelembapan kulit, pembersih muka yang berbentuk gel dan bebas dari alkohol.

    Hal ini kerana, pemilihan pembersih wajah yang salah dapat memberikan kesan pada wajah seperti breakout ataupun mengelupas. 

  • Gunakan Pelindung Matahari (“Sunscreen”) 
  • Suncreen

    Apabila kulit anda terdedah kepada sinaran matahari, ia boleh menyebabkan kulit kering yang memedihkan. Dengan menyapukan pelindung matahari pada kulit, ia dapat menjadi pelindung untuk kulit anda daripada sinaran matahari.

    Pelindung muka juga dapat mencegah tona warna yang tidak sekata pada wajah terutamanya pada individu yang berusia. Anda disarankan untuk menggunakan pelindung matahari yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari.

  • Amalkan Teh Hijau
  • teh hijau

    Teh hijau sangat terkenal di China dan Jepun dan digunakan setelah berabad lamanya sebagai rawatan kesihatan. Teh hijau ini dianggap sebagai salah satu rawatan yang paling berguna dalam membaiki kulit anda sama ada untuk mencegah tanda-tanda penuaan hinggalah merawat jerawat.

    Ia bukan sahaja melambatkan perkembangan tanda-tanda penuaan, malah ianya mampu meneutralkan radikal berbahaya yang mempercepatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan.

    Penjagaan kulit dan bakat memakai make up adalah 2 faktor yang sering dipertimbangkan oleh ramai orang. Nak tahu cara untuk make up bertahan sepanjang hari? Baca tentang Makeup Hacks for Long-Lasting Looks kami di sini!

    Dapatkan nasihat dari pakar kecantikan dan kesihatan kami dimana sahaja anda berada dengan Applikasi Zonar !

    ikuti Zonar di IG , TikTok dan Facebook. untuk tips dan berita terkini .

    Other Posts

    What’s your Reaction?
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    1
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0
    +1
    0