Rendang ayam merupakan hidangan tradisional Malaysia yang terkenal dengan kelazatan dan keharumannya. Ia adalah sejenis masakan yang dimasak yang kaya dengan santan, dan dimasak secara perlahan sehingga daging ayam menjadi empuk dan lembut.
Ingin mencuba resepi ini? Berikut adalah resepi rendang ayam yang mudah dan enak untuk dinikmati bersama keluarga dan teman-teman.
Resepi Rendang Ayam Sedap
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong kecil
2 batang serai, ditumbuk
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan kerisik (secukup rasa)
Air secukupnya
Bahan Kisar
10 biji cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
5 batang serai
Cara Memasak
1) Blender bersama bahan rempah sehingga menjadi lembut dan halus.
2) Panaskan minyak dalam kuali besar. Tumis rempah yang telah di-blender hingga harum dan pecah minyak.
3) Masukkan serai, daun limau purut dan asam keping. Kacau sebentar.
4) Masukkan potongan ayam dan kacau rata dengan rempah.
5) Tambahkan santan pekat, garam/gula sedikit dan kacau sehingga rata.
6) Biarkan ayam itu masak dan empuk dalam api yang kecil ( anggaran masa selama sejam atau lebih)
7) Setelah rendang ayam siap, rasa dan sesuaikan mengikut selera anda.
8) Hidangkan masakan ini dengan lemang dan hidangan sampingan pilihan anda.

Ikuti langkah-langkah dalam resepi rendang ayam ini dan hidangkan kepada keluarga dan teman-teman anda . Selamat mecuba dan menikmati hidangan klasik ini.
Tak akan nak hidang rendang sahaja pada waktu raya kan? Di sini kami sediakan 3 resepi mudah kuih raya 2023 yang anda boleh cuba di rumah. Surprise-kan saudara-mara atau tetamu dengan menghidang kuih raya yang mudah di buat, cepat siap dan paling penting sedap!
Ikuti Zonar di media sosial ( IG , TikTok dan Facebook.) untuk dapatkan berita terkini dan tips yang berguna.



